Tuesday, January 4, 2011

MAIK akan jawab isu Masjid Sg Lalang Kedah - Taulan

Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan menulis dan memberitahu kepada Jawatankuasa Masjid Sungai Lalang tentang keputusan kerajaan berkaitan isu masjid berkenaan.

YB Dato' Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Kedah memberitahu bahawa satu mesyuarat telah diadakan bersama MAIK bagi membincangkan perkara tersebut.

"Pihak MAIK sendiri secara pentadbiran akan memberikan jawapan kepada jawatankuasa masjid dalam waktu terdekat ini" kata Taulan ketika dihubungi.

Ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi dan dijangka turut akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh blog alkerohi dan KedahLanie bagi membantu masyarakat di Sungai Lalang.

2 comments:

jab sp said...

Bila dah jadi isu baru nak jawap.Tapi lebih baik dari tak jawap langsong.
Cuma jangan jawapan yang diberi merupakan satu jawapan yang mengecewakan penduduk Sungai Lalang.

Taman Bandar Baharu said...

YB Taulan kena proaktif. Jangan jadi macam UMNO, Kita mahu dunia akhirat.